Cathill Lobster

Cathill Lobster – Penjualan Udang Kara (Lobster) di Bukit Kuching, Jeram Selangor

CatHill Lobster menjual anak benih Lobster secara kecil kecilan. Setakat ini, hanya menjual baby lobster (anak udang kara) yg bersaiz 1 – 5 inci sahaja kerana ia baru saja beroperasi sejak dari bulan Julai 2019.

Kapada sesiapa yg berminat untuk memulakan ternakan udang kara (lobster) air tawar boleh datang melawat ke kolam saya.


Harga Benih Lobster:-


1 inci –
RM1.00
2 inci –
RM2.00
3 inci –
RM3.00
4 inci
RM6.00

Kemaskini (updated) pada 03/01/2021
Benih 1″ ada. 1.5″ RM1.50 ada
Benih 2″ ada. 2.5″ RM2.50 ada 3.5″ RM4.00 ada
Benih 3″ ada. 4″ ada. 5″ RM8.00(terhad) 5.5″ RM9 (terhad,jantan)

Tidak ada minimum order.

Tiada jual beli/penjualan ketika hari hujan dan waktu malam.

Penjualan anak benih berjalan saperti biasa mulai Isnin 04/05/2020

Waktu Operasi:

Isnin – Ahad
10:00 pagi – 1:00 tengah hari & 5:00 petang hingga 7:00 petang

Cuti:-
Pagi Jumaat.

Nota: Adalah digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu (telefon atau WhatsApp) untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Servis Penghantaran Pos:-

Tidak ada servis penghantaran POS dan COD (harap maaf)


Cathill Lobster, Bukit Kuching Jeram
Anak udang kara @ baby lobster di Bukit Kuching, Jeram Selangor

Lokasi CatHill Lobster

23B, LOT 3237, Jalan Tahir Manan,
Kampung Bukit Kuching,
45800 Jeram, Kuala Selangor

Sila klik disini untuk lokasi Google Maps:-
https://goo.gl/maps/FPpZEBP18xMLu9zp9


WhatsApp: 012-452 9547
Nama: Nordin Rashid

Atau klik disini untuk WhatsApp link: https://cathilllobster.wasap.my


TIPS PENJAGAAN BENIH LOBSTER:-

  1. Tips ini tidak bermaksud untuk menggantikan Kursus Penternakan Lobster, saya membuat nya hanya sekadar untuk info apa apa yang terlintas difikiran saya dan yang selalu ditanyakan oleh pelanggan saya.
  2. Untuk info yg lebih mendalam, pergi lah sertai kursus yg ditawarkan, bukan mahal mana pon, sekitar RM100 – RM200 jer.
  3. Tips ini juga tidak ada paragraph. Saya tulis pon apa yg teringat oleh saya. Tips ini mungkin akan dikemas kini secara harian atau mingguan, bergantung kpd masa yg terluang dan keperluan. Ia nya juga tidak mengikut katagori perjagaan. Ia juga saya tulis hasil dari bahan media yg saya baca dan lihat. Cuma, jika ada yg meragukan saya, saya akan buat search berganda untuk membuat tapisan kesahihhan info itu. Jika ada info yg tuan tuan rasa tidak betul dan tidak tepat, saya sedia menerima teguran kerana saya juga sedang mempelajari mengenai lobster ini.
  4. Kadang kadang saya akan menulis info ini dalam bahasa Inggeris. Saya banyak membuat perbandingan info dari Malaysia dengan Amerika, Australia dan United Kingdom.
  5. Air, air yg terbaik ialah air dari bukit dan pergunungan yg mengalir kerana ia mengandungi kandungan mineral yg diperlukan lobster secara semula jadi. Air sungai yg tidak tercemar oleh perindustrian. Air tasik pun sama. Jika anda menggunakan air paip, sila dedah/biarkan sekurang kurang 2-3 hari, lebih lama lebih bagus untuk menghilangkan klorin dari dalam air secara pengeluapan (evaporation). Jika tidak, gunakan anti klorin, biarkan 1-2 jam terlebih dahulu untuk “chemical reaction” bertindak untuk menukar klorin kpd bahan yg bukan toksid. Tolong jgn beli anti klorin yg amat murah kerana kita tidak dapat tahu apakah sebenarnya ada didalam botol itu. Tidak ada makmal yg membuat ujian item saperti ini. Saya mengguna Seachem Prime anti klorin 325ml berharga RM50. Air hujan pulak ???…………soalan cepumas ni !!!, tidak bagus dan tidak baik. Kenapa ???…….cepumas lagi ni!!!, kerana air hujan mengandungi kosong (0, zero) mineral. Air hujan yg di tadah menggunakan bekas yg sesuai, dikawasan yg bersih adalah bersamaan dgn air bateri. Kosong, zero minerals. Apabila tidak ada minerals, benih lobster terutamanya, jadi tak sihat, immune system jadi lemah dan mudah kena penyakit, tumbesar terbantut, rasanya lama kelamaan akan mati juga. Air hujan condong ke arah asid. PH air hujan kebanyakkanya kurang dari 7.0. Tidak sesuai untuk lobster. PH yg sesuai, ada banyak versi disini, rata rata mengatakan dari 7.2 – 8.5. Diluar dari PH itu, sama ada kurang atau lebih memberi kesan kpd lobster. Tuan tuan, jika mahu menjaga kualiti air secara serius, terpaksa membeli PH dan TDS meter. Untuk lebih penjagaan lagi harus ada Ammonia kits. PH & TDS meter, satu set harganya kurang dari RM50 rasanya. Sedangkan saya yg ada peralatan ini pon, ada juga baby lobster yg mati, mugkin kerana bergaduh ??…………..mungkin. Rata rata, kolam saya PH: 7.5-8.2 dan PPM dari 120-270. Dari bahan bacaan yg saya dapat dan search berganda kerana ada banyak versi PPM yg sesuai, ialah 200 – 500. Bacaan 200 adalah baseline kesesuaian, dan 500 ada bacaan maximum. Apabila bacaaan menghampiri atau lebih 500, tukarkan air 50%, supaya dapat bacaan sekitar 200-300. Ketinggian air didalam kolam bergantung kpd beberapa keaadan. Pertama, berapa size kolam, makin kecil, makin sikit paras air nya. Makin besar boleh makin makin tinggi. Tetapi, kpd kolam yg ada pump atau aeration, paras air tidak menjadi masaalah,lebih elok tinggi kerana pengudaraan adalah saimbang. Kpd yg tiada pump elok paras rendah untuk pengudaraan yg mencukupi. Didalam konteks ini, bagi saya rendah adalah sekitar 3 inci (8cm) dan tinggi adalah sekitar 8 inci (20cm). Cuma, sila ambil kira, paras air yg rendah bermakna quantity air sedikit dibandingkan dgn air yg dalam, kandungan ammonia akan naik mendadak didalam air yg sedikit jika di buat perbandingan air yg lebih dalam/banyak. ……….AKAN BERSAMBUNG……
  6. Apakah itu pH meter?….pH meter ialah Potential of Hydrogen. Apakah itu TDS meter. TDS ialah Total Dissolved Solid. Total Dissolved Solid ialah berapa banyak segala benda yg terlarut didalam air itu. Biasa nya ia adalah bahan yg terkandung didalam tanah saperti Calcium, Potassium, Magnesium, Aluminium dll………banyak sangat. Dan unit nya pula adalah PPM, parts per million. Bacaan 0-7 Asid, bacaan 7-14 Alkali. Sila lihat carta diatas untuk memahami Asid dan Alkali. Akan BERSAMBUNG…………….
  7. Pump dan Aerator: Tujuan utama pump dan aeratior adalah untuk menambah jumlah oksigen didalam air. Cara kedua dua alat ini berbeza tapi tujuannya adalah sama.Pump menambah kandungan oksigen didalam air dengan cara mengerakkan air, memutar, mengulung agar udara yg mengandungi oksigen dipermukaan air itu dapat dimasukkan kedalam air dan dapat melarutkannya. Lebih kuat kocakkan dan putaran air, lebih banyak oksigen yg akan dilarutkan didalam air itu. Manakala aerator pula memasukkan udara kedalam air itu sebagai gelembung gelembung udara dan dalam perjalanan ke permukaan air, oksigen dapat dilarutkan didalam air itu. Lebih banyak dan kuat gelembung udara dilepaskan oleh aerator, lebih banyak udara dihasilkan, lebih banyak oksigen dapat dilarutkan didalam air itu. Kedua dua cara ini ada kelebihan dan kelemahannya masing masing. Pump tidak boleh digunakan ketika baby lobster baru menetas kerana ia akan disedut oleh pump intake melainkan dimodified dgn cara kreativiti kita sendiri. Aerator pula sesuai digunakan ketika baby lobster baru menetas. Kelemahan aerator pula ialah ia tidak menggerakkan air, memusing/memutar air dan ini akan tidak dapat menjaga kualiti air dgn sekata terutama kolam yg besar. didalam bab ini, saya mencuba dan mengaplikasikan kedua dua method ini didalam satu kolam terutama diadalam aplikasi Nitrobacter dimana oksigen yg tinggi diperlukan. Dari pengalaman saya, dari mula menternak hingga ke hari ini, kadar kematian lobster yg saya ternak hanyalah sekitar 0.02%-0.03% sahaja, dalam erti lain, 1000 ekor lobster, yg mati antara 20 -30 ekor. Itu pon mungkin kerana bergaduh bukan kerana kualiti air yg terok.
  8. Kelakuan baby lobster yg sihat: Baby lobster yg sihat, apabila tersentuh dgn lobster lain, dia akan menjauhkan dirinya dgn begitu pantas sekali, undur kebelakang. Yg tidak sihat: mereka akan berkumpul atau berlonggok disatu tempat dan meraka bersentuhan antara satu dgn yg lain tanpa cuba menjauhkan diri. Ada yg akan menggigit lobster lain dan yg kena gigit hanya mendiamkan diri sahaja, nampak macam kumpulan baby lobster yg passive dan bodoh. Yg sihat: apabila kita menaburkan makanan kedalam kolam, lobster lobster ini bukan nya cuba berebut makanan itu macam ikan, sebalik nya mereka sibuk menghalau kawan kawan lain supaya menjauhkan dari makanan itu selepas itu barulah ia mengambil makanan itu dengan tamaknya, satu di mulut, satu disepit kiri/kanan dan satu lagi dikaki depan, 3 pelet dia sorang jer !!!!…………..tamak dan haluba betul.
  9. Minerals dan Trace Elements : apa itu ?…….Jika anda ingin pergi jauh dan berjaya dalam penternakan lobster ini, tidak ada jalan lain melainkan dengan penternakan menggunakan kolam tanah. Saya sudah buat kajian hingga ke peringkat Bangsa Bangsa Bersatu (United Nations), inilah hasilnya……kolam tanah !!!!! Agak agak kenapa yer ??……jawapannya ialah kerana kolam tanah pada asasnya sudah ada mineral dan trace elements semula jadi yg terhasil dari bumi ini. Jika kita buat perbandingan baby LAT yg kita bela didalam kolam canvas/simen/plastik dengan yg dibela didalam kolam tanah, hasil ternakan dari kolam buatan saiznya 3 inci, kolam tanah boleh dapat saiz 4-6 inci dalam tempoh yg sama, 4-6 bulan. Minerals dan trace elements sangat diperlukan untuk tumbesar dan kesihatan LAT. Secara tidak sedar baby LAT menyerap minerals dan trace elements ini melalui badan dan insangnya. Minerals dan trace elements juga didapati dari pemakanan LAT.
  10. Penyebab baby lobster mati: Antara penyebab utama ialah kandungan ammonia yg tinggi. pH diluar kesesuaian. PPM terlalu tinggi. Suhu terlalu tinggi, banyak versi disini, saya ambil 32-33 degree Celcius,36 degree pasti mati. Bergaduh sesama sendiri. Memang fitrah lobster suka bergaduh. Lobster adalah binatang yg suka sosial, bermaksud dia tak suka bersendirian. Memberi makan terlalu banyak pon boleh menyebabkan kematian. Jika tiada jangka suhu, celupkan seluruh tangan hingga pergelangan dan biarkan beberapa saat, jika terasa SUAM, konfom air tu panas dan kemungkinan besar lobster tak akan bertahan lama. Tidak lupa juga salah satu penyebabnya ialah bakteria yg ada didalam air tu. Bende yg paling murah yg boleh digunakan untuk membunuh bakteria ini ialah garam biru. Harus di gunakan dgn berhati hati mengikut sukatan. Saya pernah mengalami memasukkan garam ini mengikut sukatan tetapi PPM melonjak dari 100 ke 300 dalam masa beberapa minit sahaja, terpaksa buang air 50% dan sedut dari kolam sebelah. Bahan yg agak hightech sikit ialah pengunaan EM1/ EM4 untuk ternakan jgn gunakan versi pertanian punya. Yg lebih hightech lagi ialah dengan menggunakan Nitrobacter. Terlalu panjang untuk diterangkan disini. Face to face adalah yg cara yg paling sesuai untuk penerangan secara mendalam. Pernah tak anda terlintas difikiran, LAT mati lemas didalam air ???………….pelik kan ?…tapi benar. Ia adalah kerana kekurangan oksigen terlarut didalam air itu. Punca utamanya adalah tiada aeration(pump udara/angin) atau tiada pump putaran air (submersible pump atau top filter pump atau wave maker). Ia amat terkesan apabila air dalam dan tiada structure yg membolehkan LAT memanjat untuk bernafas dipermukaan air atau keluar dari air. Anda perlu kreatif untuk mereka cipta structure yg membolehkan LAT berada dipermukaan air terutama jika berlaku power failure. Ada org yg mengisi airnya sedikit didalam kolam, supaya level air selalu rendah, supaya LAT senang dapat udara, jadi tak perlu pakai pump atau kalau berlaku power failure. Satu resolusi mudah cuma, ingat tak ayat saya diatas, level air rendah atau air sedikit, kadar ammonia boleh melonjak tinggi dgn cepat didalam air yg sedikit jika dibandingkan dgn air yg banyak………AKAN Disambung
  11. Pemakanan baby lobster: Baby loster memerlukan kadar protein yg tinggi untuk pertumbuhan. Lobster dewasa keperluan protein nya berkurangan jika dibandingkan dgn yg baby. Kadar protein yg diperlukan oleh baby lobster sekitar 60%. Beri makan lobster pada kadar 2 kali sehari sahaja. 30 % pagi dan 70% petang/malam. Jumlah makanan untuk setiap ekor bergantung kpd size lobster itu. Kadar nya ialah berapa besar pelet/butir makanan yg dia boleh habiskan dalam tempoh 3-5 minit. Tidak boleh ada belen makanan yg harus tertinggal atau tidak habis dimakan. The amount of food for each lobster is how much they can eat within 3-5 minutes with no leftover. Makanan yg tak habis dimakan akan diuraikan oleh bakteria dan akan menjadi ammonia……………………
  12. Pengalaman terbaharu/latest……….Memberi makanan berlebihan adalah lebih banyak memberi keburukkan dari kebaikan. Lebih baik lobster kelaparan buat seketika dari kekenyangan dan makanan tidak habis. Terlebih makan boleh menyebabkan lobster mati. Sisa makanan yg banyak tertinggal/tidak habis akan diuraikan oleh bakteria pengurai menjadi ammonia dan lobster pun boleh mati. Dalam bahasa English nyer “Giving too much food does more harm than good”.
  13. lobster yg sihat kuat makan. Sentiasa aktif dan liar. Awas ! jika lobster anda tak mahu makan dan tidak aktif. Ia adalah tanda tanda awal ada masaalah akan berlaku dan diakhiri dengan kematian lobster lobster anda. Terlalu banyak sebab musabak nya. Kajian terperinci harus dilakukan satu persatu dengan peralatan yg sesuai, bukan dengan cara: agak agak!
  14. Saya bercadang untuk menjual Nitrobacter yg berbentuk ceacir (liquid) dengan harga RM5 untuk 500ml dan RM10 untuk 1500ml (1.5L). Kerana saya dapati ramai pelanggan saya ingin menggunakan nya tetapi terlalu mahal, RM27 per bottle 80 capsules. Membuat Nitrobacter agak mudah tapi memerlukan pengetahuan yg mendalam. Nitrobacter saya agak murah dan sangat mampu beli. Saya gunakan 100ml untuk kolam 400L air setiap 10 hari. Kalau kolam anda kecil, 500ml boleh tahan berbulan bulan dengan hanya RM5. Nitrobacter adalah jenis bacteria baik. Ia bertindak untuk menguraikan Ammonia menjadi Nitrit dan seterusnya menguraikan Nitrit menjadi Nitrat. Dan ada lagi cara untuk membiakkan Denitrification bacteria untuk menguraikan Nitrat menjadi gas Nitrogen. Dan ini akan menyempurnakan “nitrogen cycle”. This will complete the whole process of nitrogen cycle. Air kolam saya tak pernah saya tukar lebih pada satu tahun!. Sama ada anda percaya atau tidak, terpulanglah. Walau pun pada mula nya saya sengaja tidak menukar selama yg boleh, dalam bentuk percubaan, ia telah terbukti berkesan dengan pengunaan Nitrobacter ini. Jika dibuat perbandingan process pembikinan Nitrobacter dan EM4, EM4 jauh lebih rumit /susah kerana saya juga pernah membuat EM4.
  15. Apa apa yg terlintas difikiran : akan datang, tajuk tajuk yg diatas pon tak cover lagi !!!!
  16. Jangan lupa klik “Like” di FB saya (CathillLobster/Nordin Rashid) jika anda rasa website ini memberi ilmu yg berguna kapada anda sekalian, terima kasih.

Copyright Cathill Lobster – All rights reserved

Create your website with WordPress.com
Get started